Tuesday, October 16, 2007

what now?

hm, let me see. there're some series of events been occured for the last few weeks :-
1) set bila nak amik exam MCSE - settled
2) baca review exam paper - ongoing
3) balik kampung menyambut raya - ongoing
4) someone dah mengaku kesalahannya - settled - *finally... fuhh. tapi still ade urusan yg pending. insyaAllah, to be discussed soon.

so, what now? what am i going to do next?

ok, that significant someone tu dah mengaku kesalahan dia, setelah agak lama bermain tarik tali. biasalah, datang merayu n meminta simpati agar diterima semula bla bla blaa. tapi entah la ye, adakah dia benar2 ikhlas atau sekadar lakonan? expectation saya betul, dia akan terus-terusan bertanya kepada saya apa yang membuatkan saya membuat keputusan untuk melepaskan dia. dan terus-terusan berkata yang dia 'mahukan saya' dan 'tidak sanggup kehilangan saya' kinda stuff. mmg, actually itu yang saya harapkan daripada dia, tapi dalam masa yang sama saya geram dgn tindakannya itu. kenapa baru sekarang datang merayu, kenapa lepas saya berbuat keputusan untuk membawa haluan saya sendiri baru dia nakkan saya balik kepadanya? sedangkan dia tahu apa yg dia telah lakukan, sehinggakan saya terpaksa melepaskannya.

baiklah, saya mengaku, saya masih marah, saya masih kecewa dgn perlakuannya yang terdahulu. rasa mcm dah taknak ade apa2 kena-mengena lagi dengannya. biarlah dia pergi dari hidup saya selamanya. tapi, at the same time, i still love him. so much. rasa cam nak je dia datang pada saya dan meneruskan rancangan kami utk hidup bersama. tapi, saya tak boleh menerimanya lagi. he has gone too far, far beyond the line.

akhirnya, saya berbuat keputusan untuk confront dengannya sekali lagi, bertanya padanya adakah dia faham atas faktor apa yang membuatkan saya melepaskannya. nampak gayanya dia kurang faham, atau dia buat2 tak paham. dia masih lagi mahu 'mencuba' tapi tak pasti adakah dia benar2 serius atau sekadar bermain2 shj. last2, saya bertegas dan akhirnya dia mengaku kesalahannya. hm, means selama ni dia hanya bermain2 kata la ya? dia ingat saya masih diri saya yang terdahulu yang mudah cair dan percaya pada kata2 manisnya?? not anymore.. he is so wrong. he's so screwed up, big time!!

dia banyak kali memohon maaf daripada saya (well, at least ade gak perkara logik yg berlaku di sini..). saya ni jenis yang tidak suka menyimpan dendam dan tidak suka membenci orang atau berbuat musuh. benar, mengikut pendapat ramai itu mmglah satu sikap yang sepatutnya, tapi adakah itu juga boleh dianggap sebagai satu kelemahan? ye la, sebab kalau kita mudah memaafkan orang yang berbuat salah pada kita, orang senang mengambil kesempatan atas kita. entahlah. tapi akhirnya saya maafkannya juga tapi saya takkan melupakan apa yang telah dilakukannya. adakah sikap 'forgive but not forget' juga dianggap sebagai sesuatu yang lemah? it seems like, they just get away too easy because we have forgiven them. either we still can't forget what he has done or not, it is not his problem. so how can we make them feel 'punished' for the rest of their lives? the things they done was like 'fatal error' or 'system crashed' or a deadend. cannot be fixed and unacceptable.

Rasulullah SAW mengajar kita supaya memaafkan orang yang berbuat salah kepada kita. Ya, itu mmg pasti. tapi pada saya, saya tidak akan melupakan apa yang telah dilakukan kepada saya. saya sudah maafkannya dan saya mahu meneruskan kehidupan saya tanpanya. saya berasa sedih dan kecewa tapi saya masih tidak faham mengapa dia tergamak mengkhianati saya, padahal dia mengaku yang saya tidak berbuat apa2 salah kepadanya.

Walauapapun, jauh di sudut hati saya, saya rela melepaskannya kerana itulah salah satu tanda saya menyayanginya, mencintainya. kerana saya tidak mahu dia terus-terusan hidup dalam kepuraan, dalam pembohongan. saya tidak mahu dia terusan berbohong kepada saya. saya mahu dia menjadi seorang yang baik, yang menepati janjinya. walaupun saya yang kecewa, tapi sekurang-kurangnya saya telah melepaskannya dan memberinya peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik. dan begitu juga dengan saya, saya berpeluang untuk meneruskan kehidupan saya dengan lebih tenang dan membuka peluang untuk perkara2 yang baru dan yang menarik untuk muncul dlm hidup saya. dengan pengalaman ini saya lebih dapat mengenali dan menghargai diri sendiri. saya dapat mengenalpasti kelemahan dan kesalahan saya selama ni dan berusaha untuk memperbaiki yang tidak baik.

saya mengakui, jauh di sudut hatinya, dia seorang yang baik sebenarnya. cuma cara beliau mengendalikan sesuatu tu, kekadang tak kena pada tempat dan masanya. biasalah, kita semua manusia. tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. so, why not kita just maafkan kesalahan orang yang telah mengaku kesalahannya dan berdoalah agar dia berubah menjadi lebih baik. saya tahu, dia juga mungkin tidak mahu perkara2 sebegitu berlaku.

i hope things will get better as i am now opening to all opportunities, to the good ones la.. :)

2 comments:

Anonymous said...

Awok!!!! Opss....Brownie dearie (eceh cutenye nama!)...

I say forget him and move on with your life. For the person that u r u deserve someone much much better! It may seems hard now but u'll get thru this alive. Just remember the mutiara story (i lost my mutiara already but u have not hukhuk). I know u'r strong and u will always have ur cikitita by ur side...hehe.

Intan Jufflisa said...

dearest cikitita (awohss, titi bunyi paa noo.. mmuuah),

i have lost my mutiara too, black pearl lak tuh. hukhuk..