Sunday, January 27, 2008

another big step..


tanggal 20 januari 2008, pagi2 seawal 930am saya bergegas untuk ke shah alam. katanya majlis telah di-rescheduled ke jam 12 tghhari. hm, kalau dapat dtg awal sikit why not kan, boleh lepak lama sikit kat umah cik ita. sbb ade program lain lak pukul 1 petang. mana tak rushing.

then i drove passed Batu Tiga toll. Call cik ita, tapi tak de coverage. bukan ape, nak tanye direction ke rumahnya (lupa nak print map yang beliau attach-kan dalam emelnya. so..). uh ohh.. takpe, call cik Fai & cik Zai. they all pun tak sure direction-nya. oh sudah. tapi cik zai beritahu kalau tak silap rumahnya kat seksyen 27. ok, off i go to shah alam seksyen 27. then i got a call from Apiss, finally dapat jugak alamat rumah cik ita : No xx, Jalan xxxx, Seksyen 23. Aduhaiiii.... jauhnye gwe terlajak. masa tu dah jam 1050am. mula2 nak cari seksyen 27 pun tersesat gak. 2 kali U-turn. then dapat tahu seksyen 23, patah balik n then terlajak simpang 2 kali. U-turn lagik. dah nampak signboard 'seksyen 23' tu, cari2 tak jumpa, last2 pakai instinct explore sendiri konon. last2 ternampak satu kawasan ade byk rumah, saya pun terjah je. rupany2 itu seksyen 25. oo ok, patah balik. siap stop by kat kedai makan tanye direction. dibuatnya orang2 tu tak tahu jalan jugak. lagi la terharu. tapi ade la bayang sikit2 so saya gamble je.

nak dipendekkan cite, akhirnya saya sampai juga di rumah cik Ita, lebih kurang jam 1115am. nak dekat 2 jam saya cari jalan ke rumahnya. takpe, yg penting saya sampai ke destinasi dgn selamatnya. tp tak lama la saya bersama cik Ita. around 1205pm saya beredar. terpaksa sbb ada program lain di segambut jam 1 pm.

mmg terkilan giler tak dapat menyaksikan detik2 bersejarah dalam hidupnya pada hari tersebut. tapi apa2 pun, saya sempat bertemu dgnnya at least melihatnya dalam kurung moden merah jambu. sgt cantik, sgt manis. she's getting more beautiful now, and more happy. she has the most beautiful smile, on her engagement day.

salam tahniah, salam sayang utk sahabatku Cik Ita bersama tunang, semoga berbahagia dan tabah menghadapi cubaan dan dugaan hidup. semoga kalian selamat selalu dalam menjalani hari2 menuju alam perkahwinan dan rumahtangga nnt. mmuahh!!!
[off-record : mmg saya tidak begitu pandai mengikut instinct dlm bab2 mencari rumah org tanpa peta ni. tapi sekurang2nya saya berjaya sampai juga ke destinasi within timeline tanpa sesiapa memberitahu saya secara terperinci tentang arah mana yang harus saya ambil. - applicable utk lokasi yang saya TAK familiar.. a pat at my own back.. heheh..]

Checklist [Part 2] - The Turning Point

saya pernah berdoa dan berharap bahawa saya akan menemui suatu perubahan yang akan menjadi turning point untuk saya memperbaiki diri saya. hn, bunyinya mcm poyo sket tapi, itulah sebenarnya yang saya harapkan : Perubahan. Yang ke arah positif. saya berharap dan saya mahu menjadi yang lebih baik dari semalam. insya Allah.

baru-baru ini, setelah apa yang saya lalui, saya berdoa dalam hati yang saya akan ditemukan dengan sesuatu yang akan menjadi titik tolak saya untuk saya memperbaiki hidup saya. saya mahu jadi lebih gembira, saya mahu menjadi lebih yakin dan berani. saya mahu mencari dan merasai persekitaran yang baru yg lebih exciting dan seronok. dan saya juga mahu ditemukan dengan orang yang betul2 ikhlas mempercayai saya dan menerima saya seada2nya.

saya rasa, Tuhan telah menjawab doa saya. kini saya telah diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik, lebih gembira dan bahagia. walaupun begitu, saya merasakan bahawa kebahagiaan dan rezeki takkan datang bergolek. there's no such thing as free lunch. peluang yang boleh memberi 'hasil' yang baik mesti disertakan dengan niat dan usaha yang baik dan berterusan. barulah kita akan menghargai peluang tersebut dan menikmatinya dengan penuh rasa puas dan syukur.
Tuhan sudah janji, setiap apa yang berlaku, tidak kira yang elok atau tidak, mesti ada sebab dan hikmahnya. kita just perlu berfikiran positif dan sentiasa meminta pada-Nya agar kita sentiasa di dalam lindungan-Nya.