Sepanjang beberapa entry lepas, saya asyik memasukkan bait-bait lirik sahaja, well ya la, untuk menggambarkan apa yang saya rasa pada ketika itu. Kebanyakannya menjurus kepada perasaan-perasaan seperti kecewa, sedih, depresi dan sebagainya. Memang benar, saya sangat kecewa ketika itu.
Walaubagaimanapun, selepas satu tempoh waktu, Alhamdulillah, saya merasakan bahawa semua elemen-elemen negatif tu akan berlalu bersama masa. Benarlah kata orang, segala yang pahit dan menyakitkan akan hilang dan berlalu thru time. Yang penting, pada saat dan ketika ini kita perlu kuatkan semangat dan lebih mengutamakan diri sendiri dahulu. Sayangilah diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain dan menghargai orang yang berhak dihargai dan yang menghargai kita. Dengan ini, hati kita akan lebih gembira lantas kita berupaya menggembirakan orang sekeliling kita. Saya selalu mengingatkan diri sendiri agar sentiasa menanamkan sikap sabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan terbuka. Saya tidak mahu lagi mengenang yang tak seronok, saya hanya pegang kepada yang elok-elok sahaja. Semua itu asam garam kehidupan.
Saya juga sentiasa beringat bahawa ada orang lain yang lebih menderita dan kecewa daripada saya. Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya melebihi keupayaan dan kesanggupan hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik segala yang telah berlaku, walaupun kita tidak menginginkannya berlaku. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. Itulah pegangan yang pasti.
Kini saya telah bersedia memulakan lembaran baru dalam kehidupan saya. Ambil yang jernih, buang yang keruh dan jadikan sebagai pengajaran. Semoga akan lebih gembira dan lebih tenang & tabah menghadapi hari-hari yang bakal mendatang, Insya Allah.. :)
Best Countries to Visit with Singapore Airlines
-
Melbourne is often considered the cultural heart of Australia, with a rich
history of artistic expression and numerous museums, theaters, and concert
hal...
1 year ago
No comments:
Post a Comment