Monday, February 08, 2010

as of now..

as of today, sudah hampir 2 bulan i memegang title 'puan' ni. dah 1st month anivesary. haha.

setakat ni semua berjalan lancar, alhamdulillah, cumanya, yelah. dugaan kecil-kecilan tu biasalah. newbies dlm alam rumahtangga ni kan. so far, telah diatasi dengan baik. syukur lah. banyak lagi yang perlu ditempuhi. berdebar pun ade, tapi tak boleh la difikirkan sangat. kang jadi stress, satu kerja pun tak jadi, susah nak menjalani kehidupan seharian. just live one day at a time. less stress. betul?

setelah bergelar isteri ni, tanggungjawab pun dah lain, bukan setakat bertukar, ditambah lagi. huhu. tapi takpe. tuhan takkan menduga sesuatu yang di luar kemampuan hambaNya. so, kita mesti yakin  yang kita mampu melaksanakan semua tanggungjawab dan obligation itu.

salah satu pengajaran asas yang penting yang perlu seseorang mahir (at least aware of), yang tidak boleh dipandang ringan : 'EMPATHY'. atau dengan kata lain 'put yourself in other's shoes'. for me, kenapa ia penting? sebab... 

...so that kita lebih faham tentang situasi spouse kita, walaupun kita takde kene mengena langsung tentangnya. 

kita tak boleh pentingkan diri bila hidup berumahtangga. ada sesetengah hal kita boleh negotiate dengan pasangan kita, ada sesetengahnya tidak. terpulang pada standard dan level masing2.

so, walaucammane pun, nak tak nak, kita mesti ada semangat bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu, jangan ada sikap 'i-am-the- boss-of-this-house-so-you-have-to-obey-my-rules', 'your-chores-your-chores-my-chores-my-chores' dan sebagainya. sebab, kita seolah2 mempunyai 'kembar' baru yang kita rasa asing bagi kita, yang mempunyai kehendak dan keperluan berlainan dari kita. dari situ shj kita dah mula mempraktikkan dan mempertajamkan skil mendengar dan empathy.

contohnya..

suami pulang dari bekerja seharian, kerjanya selalu ke sana ke mari. dahla kene buka pintu sendiri (kononnya kita tgh duk dalam toilet, so tak leh la nk pegi depan tolong bukakan pintu.. contoh yee). terus mencampakkan dirinya ke atas sofa yang sangat empuk. badan dah penat, dah start buat 'muka', stokin dicampakkan tepi sofa (biasalah tu, laki, tapi mungkin bukan semua kut). pakaian dah nampak tak terurus. dengan panasnya, peluhnya bagai2 la. kita dengan kain batik n t-shirt terkedek2 kuar dari toilet, nampak che abg atas sofa keletihan, terus jerit "ABANG DAH BALIK?? MANA BAWANG BESAR n GARLIC YG AYANG PESAN SUH BELI?? KATA NAK MASAK GULAI AYAM KESUKAAN ABANG". waduhhhh..... 'sejuknye' hati suami tadi. kalau sya lah yg jadi suami tadi dah terbantut nak makan gulai tu dah. sedeh sedeh.. JANGAN buat begini ye kawan2. memanglah, kita excited betul nak bagi suami kita makan masakan kegemarannya, di samping nk tunjuk skil memasak kita. kononnya tak sia2 la suami kita nikah ngan kita kan. oh jangan sekali...

kan lebih elok kalau kita dress up kemas2, kalau boleh jgn pakai kain batik (i am trying not to, hehe). pakailah seluar trek atau seluar santai yg longgar n selesa n t-shirt yang ceria. tu rambut disikat/diikat rapi. takyah make up pun takpe. sapa suami dengan senyuman manis n suara manja. auww.. (tapi jgn la tergedik2, takut suami rimas lak). ckplah sorry tadi kita takdengar dia dah balik, tak dapat nk tolong bukakan pintu. kita sediakan air minuman utk suami yang keletihan itu, atau sekadar air masak atau air suam. harap2 suami sejuk sikit bila isteri layan dia camtu. jgn la terus ajukan soalan bertalu2 (contohnya pasal bawang tadi). tunjukkan simpati skit kat dia, dia penat bekerja utk sara keluarga dia kan. 

kalau tak reti nk urut pun, usap2 atau gosok2 bahagian badan dia. belakang ke, lengan dia (yang sasa itu, cewwah). atau belai sikit rambut dia. dia mesti suka (i dah try, hubby i suka je, heheh). tanye la dia cemana tugas dia hari ni. byk tak customer datang kedai hari ni (kalau dia kerja sales la) dsb. tak perlu bercerita lagi tentang keperluan atau hal2 kita dulu. tanya dia kut2 la dia perlukan apa2 dulu. takpun, masa ni la dia perlukan teman utk berbicara tentang masalah atau situasi yang menyerabutkan kepalanya. so bersedia lah para isteri.. keadaan ini mungkin berlaku pada anda. 

What you do... be a good listener. Jangan menyampuk dulu, sehingga dia habis cerita atau bila dia perlukan feedback kita. dengar dengan prihatin. kalau boleh, masa suami tengah bercerita tu, peganglah tangan dia, atau usap2 la tangannya, sebagai gesture yang kita sedang mendengar dan merasai pengalamannya. Ini sangat penting, dan ini adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai pasangan hidupnya. walaupun kita tak mampu nak selesaikan masalahnya, tapi at least berilah kata2 semangat  untuknya. kalau boleh jganlah kita lagi mencurahkan minyak ke dalam api yang marak. naya naya... lain lak citenya. 

itu kalau kes suami bercerita ttg benda yg tak best. kalau dia cerita ttg kejayaannya mencapai target sales, atau dia dinaikkan pangkat.. atau apa2 shj khabar yang gembira.. tunjukkan kita juga gembira untuknya. ucapkan tahniah, kata2 galakan atau 'i am proud of you sayang' etc. dengan simple gestures begitu pun suami kita pasti lebih gembira. sesekali peluklah dia (walaupun penat2 kerja tu, tau2 je la kan. huhu). pastu tanyalah dengan elok pasal bawang kita tu (tak lupa tu). hihi. n then kalau bernasib baik, suami kita pun tolong kita kat dapur, masak gulai ayam sama2. oh bestnyee.... hehehhe. what you give you get back maa.. :))

itu kalau saya lah. heheh. tak tahu pula orang2 lain kan. i know this tip came from our elders, or from motivational readings etc. tak kira datang dari mana2 sumber sekali pun, ianya tips yg amat berguna.

so, till then, i am signing off for now. :)