Tuesday, October 30, 2007

hm..

ade la, beberapa minggu lepas (bila dah balik KL setelah 10 hari bercuti di kampung halaman), tiba-tiba je tergerak hati nak belek2 section Classified dlm paper The Star. Bahagian 'Apartment For Sale'. Cheh.. ade hati nak beli apartment. Baru sekarang nak beli lak tuh. Kalau member2 lain yg seangkatan yg start keje sekali (kira2 4 tahun lepas) dah selamat ade kereta, ade rumah n macam2 lagi aset yang lain. Kita skang baru terhegeh2 nak cari aset sendiri.

My first asset was.. a National washing machine berharga RM600, beli kat Jusco Midvalley. Haha. Ingat lagi, masa tu baru 6 bulan keje. Lepas confirm designation pakat ngan kawan2 seorganisasi utk tinggal serumah bersama2. Menyewa la ramai2, 6 orang serumah. Budak2 lain, ingat mula2 sekali nak beli tilam, peti ais, TV, DVD player etc. Bila turn saya lak, perkara pertama dalam kepala ialah : nak beli washing machine!

Bukan ape, sejak mula kerja ni, masa di rumah sgt2 terhad. Especially untuk buat house chores. Berbanding masa kat kolej dulu. Bukan sepanjang hari sampai ke malam stay dlm kelas, atau mentelaah di library. Kita ada masa yang banyak diluar kelas dan kita boleh susunatur pergerakan dan aktiviti kita selain study. So, ada masa kita stay kat umah dah buat kerja2 rumah, salah satu yang sangat penting ialah membasuh baju. Masa student dulu boleh la nak basuh baju pakai tangan je. Tak kejar masa, tenaga pun byk tersimpan lagi kan. So, it was not a big deal masa zaman belajar.

Skang, kita dah kerja. 9-to-5 lak tu (most of the time la). Ade tu, kekadang terpaksa stay back sampai 8-9 malam. Balik umah, tak larat nak buat ape2, bersihkan diri n terus tidur. Selalunya, kalau kitar hidup seorang eksekutif atau pekerja pejabat, mmg begitu (kalau masih single and (un)available..). Tak cite lagi kalau dah ade teman sosial atau ape2 lagi kan. Ada je aktiviti riadah yg nak kene join. Jadi, kita ambil peluang dan menggunakan teknologi/kemudahan yang ada ni (esp. duit yang diperoleh sendiri & peralatan canggih zaman sekarang) dgn sebaik n sebijak mungkin. Tak salah kann..

As in kita semakin dewasa n matang (hopefully, and still ongoing process), mula membina kerjaya, 'empayar' sendiri, lebih banyak challenge dan pengalaman yang kita timba. Mencari aset juga satu keperluan dan pengalaman yang harus kita lalui. Contohnya, macam beli washing machine tadi la. Then beralih kepada yang lebih besar spt kereta, rumah etc. Dan daripada situ kita belajar cara nak urus kewangan sendiri, membuat pilihan terbaik dan sebagainya. Tak terhad pada nak beli aset aje, apply kat semua aspek dlm hidup kita.

Sepanjang kita lalui pengalaman2 ni, sedar tak sedar, sebenarnya, kita rasa, begitu cepat masa berlalu. Rasa2nya kan, baru je kita 1st time jejak kaki ke sekolah tadika, then 1st time we had a crush kat teman sekolah menengah, then kita menerima segulung ijazah. Tup tup je, skang kita dah nak beli rumah dgn hasil titik peluh sendiri. I mean, imagine la. Betapa cepatnya masa berlalu. Dan kita sendiri evolve sikit demi sedikit fizikal, emosi, minda, rohani. Daripada pengalaman yang dilalui ni lah menjadikan kita matang dan lebih kuat n bersedia menghadapi hari2 seterusnya. Lagipun, bila umur kita makin banyak, jangka hayat kita semakin pendek. Dan mmgla, ini baru hanya seciput ilmu dan pengalaman, terdapat yang lagi Maha Luas dan Lagi Maha Kaya. We will never stop learning, until the day we die.

Dan diharapkan, janganlah kita asyik2 fikir nak survive atas dunia je macam kita takkan mati sampai bila2. Kita juga perlu mengumpul bekalan masing-masing untuk menghadapi alam baru yang bakal kita tempuhi bila2 masa. Kita takkan tahu bila, tapi akan terjadi bila dah sampai masanya. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati-Nya. Wallahualam..

2 comments:

Cikitita said...

i like this entry..
so 'ilmiah' i wud say
seram tang bace para terakhir tuh...gulp...thx 4 reminding

Intan Jufflisa said...

uih awoks, dok aa ilmiah mana pung. malu rase. hehe. ni just bingkisan dari pergolakan minda yg nak cari purpose n goal dalam kehidupan.. aik?? amende pulok la.. hehe ;)