Thursday, November 01, 2007

hari ni kann..

Tiba2 dapat emel daripada training center (tpt di mana saya dan beberapa rakan sepejabat menjalani latihan teknikal MS di Boulevard, MidValley), menyenaraikan sesi-sesi peperiksaan teknikal yang bakal diambil. Overall, kene amik 7 paper. Dah amik 2. So, tinggal lagi 5. Bulan ni saja ada 3 paper kene amik selang seminggu. Bulan December lak ade lagi 2 paper. Sbb kami 'dipaksa' mengambil exams ni sebelum akhir tahun ni. Kalau lulus exam ni, kitorang akan dapat title MCSE. So, nak tak nak kena la sit jugak utk exam ni, eventho scope kerja seharian saya sendiri takde la nak involve sangat dlm bidang ni.

(Info : MCSE = Microsoft Certified Systems Engineer, focuses on designing and implementing the infrastructure for business solutions based on the Microsoft Windows 2000/2003 platform and Windows Server System, rather than application development).

Secara jujurnya, saya rasa saya bukan calon yang sesuai untuk diberi certification ini. Saya lebih sesuai kalau saya enroll dalam certification berkaitan pembangunan aplikasi atau pengkalan data seperti MCSD atau Oracle certifications . Mula-mula tu agak 'keberatan' tapi bila memikirkan tentang usaha menimba seberapa byk ilmu, so saya menggagahkan diri dan menimba ilmu2 baru sebanyak mungkin. Alhamdulillah, company nak beri training 'free' kat kita, so apa salahnya kalau kita terima. Kita cuba sebaik mungkin untuk contribute kan (even sebenarnya takde la nak outstanding mana pun. kita ibarat 'budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..' hehe).

Entah la ye, kekadang, dalam zaman sekarang ni, orang yang layak diberi pengiktirafan dipandang enteng. Orang yang tidak layak pulak kekadang kita tgk saja je menarik perhatian untuk diberi 'penghargaan' atau 'penghormatan' padahal dirinya tidaklah sehebat mana pun. Melalui pemerhatian saya yang masih lagi 'mentah' ni, fenomena ini banyak berlaku di kalangan kita. Saya sendiri merasakan saya tidak layak untuk diberi certification tu, sbb saya masih baru dan banyak lagi perkara dlm bidang tu yang saya tidak explore lagi. Kaedahnya : attend classes/lectures, buat sikit lab exercises, amik exam on paper. Score, terus dapat cert. *Hafal theory, baca review questions, jawab soalan exam, score, certified.

*apply to those who is 'exam-oriented', like me.. huhuh.. sedih tak..?

Apa yang saya risaukan ialah, kalaulah saya 'berjaya' mendapat certification tu, bila time orang tanya, kene pulak something yang saya tak dapat nak jawab, walhal saya sudah certified?? Orang mula query "ape la yg you belajar selama ni? company anta gi training mahal2, professional certification training lak tu, you lulus exam dier n then bila orang tanya you bole ternganga jek?".. haru tak... saya tak mahu jadi begitu. Sebab tu, saya rasa itu satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul bila dah diberi pengiktirafan dan penghormatan. Orang akan pandang tinggi pada kita, people are looking up to us, perhaps in hoping for us to guide, or to help in giving valuable information they need. Apa ada pada nama kalau situasi atau keadaan sebenar tidaklah sehebat mana, seperti yang diwar-warkan tentang namanya. Sebab tu, amatlah penting bila kita dah diberi kepercayaan atau tanggungjawab, kenalah laksanakan sebaik2nya.

My point is, apa gunanya ada professional certification berkajang2, cert2 tu pulak dibingkaikan dan digantung di dinding, orang tengok n ckp "wahh.. terernye you. mcm2 cert you ade nie, tabik spring laa..", kalau tidak betul2 menghayati dan mengaplikasikan apa yang dipelajari. Saya sendiri mengaku, mungkin saya adalah di antara yang seperti itu. Well, ada jugak yang saya aplikasikan tapi bukan sepenuhnya. Kenapa jadi begini eh? Adakah sebab tak minat? Atau sikap 'degil & bebal' yang tak mahu / sukar menerima benda2 baru? Tapi kan, itu bukan alasan.

Dlm hal2 menimba ilmu ni, kita harus lapangkan dada, bukakan hati n minda seluas-luasnya untuk menerima benda2 baru. Di samping itu, (ingatan kepada diri sendiri terutamanya) kita cuba berusaha sedaya upaya untuk menguasai ilmu yang diperolehi dan menggunakannya sebaik mungkin, insyaAllah. Saya juga menganggap ini sebagai satu motivasi untuk saya mengukuhkan kemahiran yang sedia ada. InsyaAllah. Berusahalah!

Antara erti kata yang lain, kalau cakap kenalah serupa bikin.. kalau rasa diri tu pipit jgnlah eksyen nak jadi enggang. kalau nak ukur baju biarlah ukur kat badan sendiri. kalau dah certified tu buatlah cara orang yang ade certification. apa ada pada nama..? err, relevan ke quote2 nie..?? macam lari dari tajuk je nie.. hihi ;)

**Ish, next week ada exam. Tak abih study lagi ni!! Hwaaaaa.... ganbatte~!!

2 comments:

Cikitita said...

huwaaaaa!!!!!
berase ati berase ati!!...wp sy tadop cert (nok amik ccna pong aihh mcm2 alasan diberi pd diri sendirik) tp sy insyallah akan dpt Msc beberapa bulan lg hok btw...sy dok tau mende satu ke hape hok sy blajo huwaaaa!!!

Intan Jufflisa said...

huwaa.. awok.. sori awok kalu berase ati. saya ckp ni based on pengalaman sendiri awok. ho waa, awok pun kekgi bulih Msc gok kang, baguh aa tuh. daripada saya hok kata nok further study tapi dok wak2 pungg.. hok cert ni pun, saya mcm ge takdok perasaan je, tapi rasa takut pun ade sbb mcm ge 'memikul tanggungjawab yg beso' je rase. tapi nak wat cammane. takpe la, perkembangkan ilmu di dada. insyaAllah.. ;) awok pung, derah2 laa balik sini awok dgn result yg flying colors ekk.. berusahalah.. :)