Monday, September 22, 2008

berehat sebentar..

Ahad, 21 September 2008..

hehe, masa ni nk berbuka puasa kat IKEA Mutiara Damansara. sikit punya ramai orang beratur nk beli kupon berbuka di Cafe IKEA tu. buffet rm15 per head. agak murah sehh. bukan orang sebarangan tau yang boleh masuk ke dalam cafe untuk menikmati buffet berbuka puasa itu.. hanya mereka yang menampal pelekat pada lengan baju, atau dahi atau tangan atau mana2 bahagian badan yang difikirkan sesuai, sahaja yang dibenarkan masuk. so, last2 AJ yg nak tunggu dlm barisan. dengan kata lain, AJ lah yang nak belanja kami semua. eheheh..

saya, ibubapa dan Armand pun berjalan2 la dlm showroon situ. armand beriya-iya le ke satu spot dipamerkan kerusi rehat yang bermacam jenis (setiap jenis denn tak reti nk menyebut namanya.. heh..). turut menjerit dari kejauhan, memanggil saya dan To'ki nya untuk mencuba kerusi2 tersebut. dan ini lah aksi kedua-dua beranak nie :

lepas tu, konon nk eksyen kut, mengatakan "Armand has 2 massage chairs at home, back in Bangi..." ahahaaha.. right..

last2 tak jadi pun nk berbuka kat Cafe IKEA tu, sbb dh penuh sgt2. so, hajat nk pakai sticker pelekat hijau kat baju, konon-konon mcm VVIP la, tak kesampaian. huhu..

tapi sebagai dalang gantinya, kami berbuka dengan hidangan HOT Wrap di perkarangan The Curve.. sempoi giler, just order je Wrap yg diminati (actually ni 1st time saya merasai makanan di gerai 'comel' itu) - Chicken Cheese Crispy Wrap - dan segelas Milo/Teh Limau Ais. Kakak yang kat gerai tu membuka radio untuk mendengar azan Maghrib. then, that's it. itulah juadah berbuka kami pada hari itu. rasa cam seronok lak sesekali mcm tu ek. hihi..

then, after Maghrib, we were off to Sunway Damansara, to JOM SANTAI Restaurant. pun best jugak.. i love the food they serve there. dan kinda in reasonable n affortable price too. utk kami 4 orang dewasa makan, tak sampai rm50. Boleh laa..

okay, next time i'll write about my experience @ Jom Santai, Sunway Damansara k..

chiow for now~!

No comments: