saya pernah berdoa dan berharap bahawa saya akan menemui suatu perubahan yang akan menjadi turning point untuk saya memperbaiki diri saya. hn, bunyinya mcm poyo sket tapi, itulah sebenarnya yang saya harapkan : Perubahan. Yang ke arah positif. saya berharap dan saya mahu menjadi yang lebih baik dari semalam. insya Allah.
baru-baru ini, setelah apa yang saya lalui, saya berdoa dalam hati yang saya akan ditemukan dengan sesuatu yang akan menjadi titik tolak saya untuk saya memperbaiki hidup saya. saya mahu jadi lebih gembira, saya mahu menjadi lebih yakin dan berani. saya mahu mencari dan merasai persekitaran yang baru yg lebih exciting dan seronok. dan saya juga mahu ditemukan dengan orang yang betul2 ikhlas mempercayai saya dan menerima saya seada2nya.
saya rasa, Tuhan telah menjawab doa saya. kini saya telah diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik, lebih gembira dan bahagia. walaupun begitu, saya merasakan bahawa kebahagiaan dan rezeki takkan datang bergolek. there's no such thing as free lunch. peluang yang boleh memberi 'hasil' yang baik mesti disertakan dengan niat dan usaha yang baik dan berterusan. barulah kita akan menghargai peluang tersebut dan menikmatinya dengan penuh rasa puas dan syukur.
Tuhan sudah janji, setiap apa yang berlaku, tidak kira yang elok atau tidak, mesti ada sebab dan hikmahnya. kita just perlu berfikiran positif dan sentiasa meminta pada-Nya agar kita sentiasa di dalam lindungan-Nya.
No comments:
Post a Comment