Tuesday, May 27, 2008

have i learnt enough??

sejak beberapa minggu ni, macam-macam telah berlaku. semua yang berlaku itu mesti bersebab. mesti punya! saya teruskan mencari kenapa semua itu berlaku, tapi masih tak jumpa jawapan yang tepat. sungguh banyak kemungkinan dan kebarangkalian.
ada yang bermula dengan tanda tanya, ada yang bermula dengan kemanisan. namun, akhirnya berakhir dengan tiba-tiba.. hilang begitu sahaja. meninggalkan seribu penyesalan, kekeliruan dan ketidakpastian. elemen kecewa dan sedih pasti ada. kesannya amat mendalam.
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. semuanya datang dari-Nya. mesti ada sebab kenapa kita ditemukan dengan seseorang atau sesuatu. mengajar dan menguji kita, adakah kita belajar daripada kesilapan lalu. mungkin..
saya bernasib baik, sangat bernasib baik sebenarnya. saya rasa kerana Dia segera menunjukkan saya bahawa sesuatu itu tidak semestinya mendatangkan sesuatu yang baik walaupun kita berusaha untuk menjadikannya suatu yang baik. mesti ada kekurangan dan kelebihannya. mungkin Dia hendak menjauhkan saya dari terus-terusan berada dalam keadaan yang tidak pasti dan lebih menjurus pada yang negatif. Syukur alhamdulillah.. mungkin dengan ini saya akan lebih matang dan kuat. Mungkin Dia mahu melindungi saya daripada yang perkara-perkara yang tak baik.
harapan saya, agar semuanya akan kembali baik seperti sediakala dan seperti yang dirancangkan.

1 comment:

Anonymous said...

perangbrown.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading perangbrown.blogspot.com every day.
bad credit loan
loans