Tuesday, March 18, 2008

when it comes to making choices..

seorang teman saya (atau boleh dikategorikan sebagai 'sahabat') telah menasihati saya. masa tu saya rasa berbelah bahagi, untuk membuat keputusan. katanya, beliau juga pernah mengalami situasi yg sama. apa yang beliau lakukan ialah.. setiap kali selepas solat, bertafakur sebentar dan tunaikan solat istikharah. then beristighfar dan berselawat sebanyak mungkin. perasaan takut tu kekadang disebabkan kehadiran syaitan je untuk lagi menyulitkan keadaan. sebab tu kita kena lapangkan fikiran dan bersikap tenang serta sentiasa meminta petunjuk-Nya.

jika kita berhadapan dengan sesuatu situasi yang memaksa kita untuk membuat pilihan, adakalanya sangat susah untuk kita membuat keputusan. perasaan takut dan bimbang tu sentiasa bermain dalam fikiran. macam2 kita fikirkan. kalau A terjadi, B akan terjadi last2 akan lead pada C. dan seterusnya. walhal belum terjadi lagi dah buat macam2 assumption.

saya pulak, apa yang saya buat ialah.. kalau kat dalam pejabat waktu bekerja, saya pasang mp3 zikrullah dan dengar thru headset. dengan itu saya akan rasa tenang. kekadang sampai mengalirkan air mata pun ada. sebab betul2 mengharapkan sesuatu petunjuk untuk saya membuat keputusan.

Ya Allah.. lapangkanlah dada hamba-Mu ini.. berikanlah petunjuk.. AMIN..

1 comment:

Cikitita said...

whatever it is i know u'll make the right choice ;)