Saturday, September 22, 2007

unchained

"..Oh, my love, my darling
I've hungered for your touch
A long, lonely time
And time goes by so slowly
And time can do so much
Are you still mine?
I need your love, I need your love
God speed your love to me.."


Saya baru menonton klip video yg ade bait-bait lirik di atas, yang didendangkan semula oleh sebuah duo band antarabangsa yang terkenal. Some of their songs are my favourites, this song is not an exception. This track is the old-time favourite which has touched my heart.

Secara amnya, jalan cerita klip video tersebut menceritakan tentang sepasang kekasih yang deeply in love with each other. Teman wanita sanggup menahan segala karenah pasangannya yang ketagihan berjudi sehingga sanggup menggadaikan rantai leher kesayangannya semata-mata untuk keperluan kewangan teman lelakinya berjudi. Kalau tengok klip tu pun memang boleh sakit hati la. Kesian kat si girlfriend tu. Namun begitu, biasalah, cerita ini ada happy ending dimana teman lelakinya akhirnya menebus kembali rantai tersebut dan mereka berbaik semula.

Melihatkan jalan ceritanya, amat simple. Tetapi mesej yang cuba disampaikan, pada saya, amat bermakna. Semuanya berbalik kepada elemen yang terpenting dalam kehidupan kita : Kasih sayang dan pengorbanan. Saya tidak pasti apa sebenarnya definisi 'cinta sejati' secara tepat, tetapi pada pandangan peribadi saya, ia suatu perasaan kasih sayang yang tiada penyudahnya, sentiasa ada di dalam hati, tidak pernah pudar tidak kira orang yang disayangi itu screwed up walau macam mana sekalipun. Contohnya, kasih ibubapa pada anaknya, kasih seorang sahabat kepada sahabatnya dan sebagainya. Ada juga kes di mana seorang kekasih sanggup berkorban masa, material & tenaga dan masih boleh memaafkan kesalahan pasangannya walaupun dia mengetahui yang pasangannya itu menyakitinya, paling tidak pun sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang dicintainya. Adakah ini juga dikatakan 'cinta sejati'? Pada saya, jawapannya 'Ya' dan 'Tidak'.

Saya mengatakan 'Ya' kerana kasih sayang yang sebegini adalah perasaan yang tulus ikhlas, tiada penyebab dan tiada alasan. Seseorang yang mempunyai perasaan sebegini menerima 'the other significant' itu seada-adanya tanpa prejudis, tanpa mahu mengubahnya. Disebabkan itu, jika 'the significant someone' itu screwed up, walau macammana pun, kita masih mampu untuk memaafkannya walaupun hati kita dihancurkan sehancur-hancurnya. Kenapa kita sayang? Pada saya, mungkin sebab dia baik, dia sopan santun, suka menolong orang lain dan sebagainya. Tetapi, kekadang terdapat satu perasaan yang tidak dapat digambarkan yang akan menjawab soalan ini. Ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan mengapa kita menyayangi sesuatu atau seseorang. Sebab tu, even orang tu buat masalah macam mana pun, kita tetap menyayanginya.

Pada saya, perasaan 'cinta' akan datang dan pergi, mungkin mengikut musim, mungkin kerana ada sebab. Tapi 'sayang' itu akan kekal di hati saya. Sebab 'cinta' dan 'sayang' tu dua perkara yang berbeza. Biasanya, jika saya menyayangi seseorang itu, saya menerima keadaan dirinya seada-adanya dan takkan ada perasaan dendam jika dia melakukan kesalahan sehingga hati saya terluka. Tetapi, jika dalam mode 'special case', saya akan memaafkan kesalahannya tetapi tidak dapat menerima apa yang telah dilakukannya yang menyebabkan hati saya hancur. It's like forgive but not forget. So, adalah lebih baik saya melepaskannya sahaja dan membiarkan dia mencari kebahagiaannya sendiri so that dia tidak akan melukakan sesiapa lagi. It's the hardest decision that I have ever made because it hurts me so badly. Seraya itu, saya juga berdoa kepada Tuhan agar dia sedar akan kesilapannya dan tidak akan mengulanginya lagi. Biarlah pada masa itu kami tidak dapat saling memiliki, tetapi saya tetap mendoakan kebahagiannya. Saya perlu meneruskan kehidupan, tetapi dia tetap di hati saya.

Saya menyatakan 'Tidak' kerana saya rasa terdapat satu level lagi untuk diklasifikasikan sebagai cinta sejati iaitu 'Cinta kepada Tuhan'. Pada saya, itulah cinta yang peringkat tertinggi.

Seperti 'happy ending' klip video tersebut, saya juga berharap yang sama dimana 'si teman lelaki akhirnya menebus kembali rantai leher kesayangan si teman wanita', atau 'Si teman wanita akan diberikan rantai tangan yang sangat cantik sebagai penggantinya'. Well, maybe in my another chapter of life. Who knows.. ;)

Chiow~~!

No comments: