Friday, March 21, 2008

..shocking..

I received an SMS from someone from my past.. last 2 days:-

"Salam. Hye intan. Ape kaba skrang? Hope sihat. Dah lama tak dgr berita. Still remember me? Apa cite terbaru? InsyaAllah pertengahan bulan depan, *MZ akan bertunang.. Keep in touch ya.."
- sent on 190308-

Finally on the day after, I replied, with a tear from my eyes, after a long time being in silence.. "Congratulatulations".

*MZ = bukan nama sebenar.

Tuesday, March 18, 2008

when it comes to making choices..

seorang teman saya (atau boleh dikategorikan sebagai 'sahabat') telah menasihati saya. masa tu saya rasa berbelah bahagi, untuk membuat keputusan. katanya, beliau juga pernah mengalami situasi yg sama. apa yang beliau lakukan ialah.. setiap kali selepas solat, bertafakur sebentar dan tunaikan solat istikharah. then beristighfar dan berselawat sebanyak mungkin. perasaan takut tu kekadang disebabkan kehadiran syaitan je untuk lagi menyulitkan keadaan. sebab tu kita kena lapangkan fikiran dan bersikap tenang serta sentiasa meminta petunjuk-Nya.

jika kita berhadapan dengan sesuatu situasi yang memaksa kita untuk membuat pilihan, adakalanya sangat susah untuk kita membuat keputusan. perasaan takut dan bimbang tu sentiasa bermain dalam fikiran. macam2 kita fikirkan. kalau A terjadi, B akan terjadi last2 akan lead pada C. dan seterusnya. walhal belum terjadi lagi dah buat macam2 assumption.

saya pulak, apa yang saya buat ialah.. kalau kat dalam pejabat waktu bekerja, saya pasang mp3 zikrullah dan dengar thru headset. dengan itu saya akan rasa tenang. kekadang sampai mengalirkan air mata pun ada. sebab betul2 mengharapkan sesuatu petunjuk untuk saya membuat keputusan.

Ya Allah.. lapangkanlah dada hamba-Mu ini.. berikanlah petunjuk.. AMIN..

Sunday, January 27, 2008

another big step..


tanggal 20 januari 2008, pagi2 seawal 930am saya bergegas untuk ke shah alam. katanya majlis telah di-rescheduled ke jam 12 tghhari. hm, kalau dapat dtg awal sikit why not kan, boleh lepak lama sikit kat umah cik ita. sbb ade program lain lak pukul 1 petang. mana tak rushing.

then i drove passed Batu Tiga toll. Call cik ita, tapi tak de coverage. bukan ape, nak tanye direction ke rumahnya (lupa nak print map yang beliau attach-kan dalam emelnya. so..). uh ohh.. takpe, call cik Fai & cik Zai. they all pun tak sure direction-nya. oh sudah. tapi cik zai beritahu kalau tak silap rumahnya kat seksyen 27. ok, off i go to shah alam seksyen 27. then i got a call from Apiss, finally dapat jugak alamat rumah cik ita : No xx, Jalan xxxx, Seksyen 23. Aduhaiiii.... jauhnye gwe terlajak. masa tu dah jam 1050am. mula2 nak cari seksyen 27 pun tersesat gak. 2 kali U-turn. then dapat tahu seksyen 23, patah balik n then terlajak simpang 2 kali. U-turn lagik. dah nampak signboard 'seksyen 23' tu, cari2 tak jumpa, last2 pakai instinct explore sendiri konon. last2 ternampak satu kawasan ade byk rumah, saya pun terjah je. rupany2 itu seksyen 25. oo ok, patah balik. siap stop by kat kedai makan tanye direction. dibuatnya orang2 tu tak tahu jalan jugak. lagi la terharu. tapi ade la bayang sikit2 so saya gamble je.

nak dipendekkan cite, akhirnya saya sampai juga di rumah cik Ita, lebih kurang jam 1115am. nak dekat 2 jam saya cari jalan ke rumahnya. takpe, yg penting saya sampai ke destinasi dgn selamatnya. tp tak lama la saya bersama cik Ita. around 1205pm saya beredar. terpaksa sbb ada program lain di segambut jam 1 pm.

mmg terkilan giler tak dapat menyaksikan detik2 bersejarah dalam hidupnya pada hari tersebut. tapi apa2 pun, saya sempat bertemu dgnnya at least melihatnya dalam kurung moden merah jambu. sgt cantik, sgt manis. she's getting more beautiful now, and more happy. she has the most beautiful smile, on her engagement day.

salam tahniah, salam sayang utk sahabatku Cik Ita bersama tunang, semoga berbahagia dan tabah menghadapi cubaan dan dugaan hidup. semoga kalian selamat selalu dalam menjalani hari2 menuju alam perkahwinan dan rumahtangga nnt. mmuahh!!!
[off-record : mmg saya tidak begitu pandai mengikut instinct dlm bab2 mencari rumah org tanpa peta ni. tapi sekurang2nya saya berjaya sampai juga ke destinasi within timeline tanpa sesiapa memberitahu saya secara terperinci tentang arah mana yang harus saya ambil. - applicable utk lokasi yang saya TAK familiar.. a pat at my own back.. heheh..]

Checklist [Part 2] - The Turning Point

saya pernah berdoa dan berharap bahawa saya akan menemui suatu perubahan yang akan menjadi turning point untuk saya memperbaiki diri saya. hn, bunyinya mcm poyo sket tapi, itulah sebenarnya yang saya harapkan : Perubahan. Yang ke arah positif. saya berharap dan saya mahu menjadi yang lebih baik dari semalam. insya Allah.

baru-baru ini, setelah apa yang saya lalui, saya berdoa dalam hati yang saya akan ditemukan dengan sesuatu yang akan menjadi titik tolak saya untuk saya memperbaiki hidup saya. saya mahu jadi lebih gembira, saya mahu menjadi lebih yakin dan berani. saya mahu mencari dan merasai persekitaran yang baru yg lebih exciting dan seronok. dan saya juga mahu ditemukan dengan orang yang betul2 ikhlas mempercayai saya dan menerima saya seada2nya.

saya rasa, Tuhan telah menjawab doa saya. kini saya telah diberi peluang untuk menjadi yang lebih baik, lebih gembira dan bahagia. walaupun begitu, saya merasakan bahawa kebahagiaan dan rezeki takkan datang bergolek. there's no such thing as free lunch. peluang yang boleh memberi 'hasil' yang baik mesti disertakan dengan niat dan usaha yang baik dan berterusan. barulah kita akan menghargai peluang tersebut dan menikmatinya dengan penuh rasa puas dan syukur.
Tuhan sudah janji, setiap apa yang berlaku, tidak kira yang elok atau tidak, mesti ada sebab dan hikmahnya. kita just perlu berfikiran positif dan sentiasa meminta pada-Nya agar kita sentiasa di dalam lindungan-Nya.

Thursday, November 22, 2007

checklist! again...

hmm hmmph..

Checklist! checklist!!

1. I want to be a more positive minded person

2. I want to meet new, friendly, interesting people (who are not too judgemental or too sceptical. sincerely accept who and what i am)

3. I want to look and feel good, be more confident, take a good care of myself more

4. I want to look and feel more beautiful & attractive (inside out, of course. am i not pretty enough?? kihkihkih..)

5. I want to travel, see new places, feel new culture (start with domestic vacation regardless of work atau leisure. kalau terus oversea, maybe Europe.. lagi best kan??)

6. I want to try something fresh and new (not really 'me'), like wall climbing?? sheeeshhh.. hehe (isit too much?? err, maybe something else lah.. like reading a good book)

7. I want to learn to cook, really.. not just baking choc mud cakes. and then invite relatives / friends / neighbours to drop by and taste my cooking (hmm, sounds good..)

...to be continued

memang iya.. so true..

"..Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..."

[quoted from a good friend, thank you so much dearie.. ;) ]

Monday, November 19, 2007

over you, already?

Now that it's all said and done
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down
Like an old abandoned house

What you said when you left
Just left me cold and out of breath
I fell too far, was in way too deep
Guess I let you get the best of me

Well, I never saw it coming
I should've started running
A long, long time ago
And I never thought I'd doubt you
I'm better off without you
More than you, more than you know

I'm slowly getting closure
I guess it's really over
I'm finally getting better
And now I'm picking up the pieces
I'm spending all of these years
Putting my heart back together

'Cause the day I thought I'd never get through
I got over you

You took a hammer to these walls
Dragged the memories down the hall
Packed your bags and walked away
There was nothing I could say

And when you slammed the front door shut
A lot of others opened up
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me

[taken from 'Over You' from Daughtry]

Thursday, November 15, 2007

soon.. InsyaAllah..

saya telah mencapai satu keputusan hari ni. tiba2 je, tanpa dirancang.

suatu keputusan muktamad, dan nekad. InsyaAllah, i will face 'him' soon, to claim the matters that should've been claimed long ago. i want to solve it for once and for all. thus i can end this 'business' for good. i want to end this miserable, unpleasant, tiring so-called 'transition-phase' A.S.A.P. perhaps forever. semoga segalanya berjalan lancar, insyaAllah. then, the case is closed, for good. so that i can move on peacefully.

Ya Allah, mudahkanlah hamba-Mu ini untuk menyelesaikan perkara ini untuk kali terakhir. Berilah kekuatan dan kemudahan untukku untuk berhadapan dengannya. Janganlah Kau jauhkan cahaya petunjuk dari hatiku. Sesungguhnya aku amatlah lemah dan kerdil di sisi-Mu dan perlukan perlindungan-Mu daripada perkara2 yang tak baik dan daripada mereka2 yang ingin melukai dan menjatuhkanku. Sesungguhnya Kau Maha Kuasa dan Maha Kaya lagi Maha Mengetahui.

Amin, Ya Rabbal 'alamin..

never say goodbye.. do we?


Tumko bhi hai khabar
You also know

Mujhko bhi hai pataa
I also know

Ho raha hai judaa dono ka raasta
Our ways are getting separated

Door jaa ke bhi mujhse
Even going away from me

Tum meri yaadon mein rehna
You stay in my memories

Kabhi alvida na kehna
Never say goodbye

Tumko bhi hai khabar
You also know

Mujhko bhi hai pataa
I also know

Ho raha hai judaa dono ka raasta
Our ways are getting separated

Door jaa ke bhi mujhse
Even going away from me

Tum meri yaadon mein rehna
You stay in my memories

Kabhi Alvida Na Kehna
Never say goodbye

Jitni thi khushiyan sab kho chuki hai
Whatever happiness there was it’s all gone

Bas ek gham hai ke jaata nahi
Just the sadness won’t go away

Samjha ke dekha behela ke dekha
I tried to make it understand, I tried to reason with it

Dil hai chain isko aata nahi...aata nahi
This heart does not receive any peace…

Aasoon hai ke hai angaarey, aag hai ab aankhon se behena
Are these tears or bolts of flame, fire now floats through these eyes

Kabhi alvida na kehna
Never say goodbye

Rut aa rahi hai, rut jaa rahi hai
Seasons have come, seasons have gone

Dard ka mausam badla nahi
The weather of pain has not changed

Rang yeh gham ka itna hai gehera
The color of sadness is so deep

Saadiyon bhi hoga halka nahi...halka nahi
Even after years it will not get less…will not get less

Kaun jaane kya hona hai
Who knows what will happen

Humko hai ab kya kya sehena
What more do I have to go through

Kabhi Alvida...Kabhi Alvida Na Kehna
Never say goodbye

Tumko bhi hai khabar
You also know

Mujhko bhi hai pataa
I also know

Ho raha hai judaa dono ka raasta
Our ways are getting separated

Door jaa ke bhi mujhse
Even going away from me

Tum meri yaadon mein rehna
You stay in my memories

Kabhi Alvida Na Kehna
Never say goodbye

[taken from OST Kabhi Alvida Na Kehna]

P.S : You've got to see this movie "Kabhi Alvida Na Kehna", starred Shahrukh Khan, Rani Mukherji, Preiti Zinta, Abishek Bachan, Amitha Bachan. I've seen it, made me cry. It was superb!!

Monday, November 12, 2007

ishk ishk

i had an enjoyable weekend. why? coz my dear nephew spend a night at my place. ni dah kali kedua armand bermalam kat pelangi damansara ngan daddy-nya. bukan main suka lagi dia mandi manda kat pool kat bawah rumah.

[Armand telah mengeja namanya menggunakan tooth pick.. pandainyer..]

[ni la Armand Daniel Firdaus, dalam pool]
[after went thru the gelongsor, at the children's pool..]

saya pulak dah berzaman tak turun swimming, last sekali bulan april kut. then, weekend tu terus semput2. takde stamina dah mcm dulu. dahla air pool tu sejuk giler. cuaca lak sejuk2, mendung cam nak ujan. last2 boleh la buat 3-4 lap dari ujung sampai ke ujung pool. sebelum tu terberenti2 kat tgh2 jalan. haha.. si armand lak demo cammane teknik 'anak buaya' : berbaring tepi pool meniarap mengadap air, lepas tu perlahan-lahan 'luncurkan' badan masuk ke dalam air. cikgu dier kat bangi yang ajar. dahtu suh kite lak yg buat sama2 ngan dia. hishh.. nakal la armand nie... haahahah.. tapi of course, saya tak tergamak la nak buat. dah la ade beberapa residen lain yg ade kat pool tu. malu laa!
anyway, we managed to swim and play for about an hour, then there was raining. saya kene swim selalu, ye la, nak tambah balik stamina n sebagai senaman. plus memantapkan gerakan renang yang ade ni. bagus tau swimming ni. tapi tu la, kalau nak selalu, takde kawan nak sama2 turun swimming sekali. huhuhuh.. sorang2 mana syiok kan..
takpela. next weekend armand nak datang lagi, boleh ajak turun pool lagi yek.. yey~!

Wednesday, November 07, 2007

yey!

saya ada satu exam paper hari ni. alhamdulillah, setelah bertungkus lumus (errk, boleh dikatakan lah), selama 3 hari non-stop, saya telah lulus dalam peperiksaan tersebut. takde la dapat markah penuh tapi alhamdulillah, 3 down 4 more to go in another one and a half month. saya tidak akan berjaya melaluinya tanpa bantuan dan sokongan rakan2 seperjuangan. TERIMA KASIH saya ucapkan, semoga bantuan dan sokongan kalian tidak akan terhenti di sini. saya masih memerlukan kalian..

insyaAllah by 31 December ni saya akan langsaikan kesemua 'hutang' exam saya. wish me luck~!

then, lepas exam tadi balik semula ke pejabat. ada jamuan hari raya lagik. alhamdulillah, anggaplah sebagai 'hadiah' utk saya hari ni. hehe.. semua kawan2 seronok n bergembira. dgn juadah yang sedap2 belaka dari caterer yang terkenal kat KL ni. ade laksa johor (love the bunga kantan n the kuah!..), rendang ayam, lemang, kuah kacang (perghhh... sedap gile babas) n nasi impit. sejak akhir2 ni kan, semua benda saya nampak sedap tau. tak tahu la kenapa... hurmmmm?? i wonder why..

ok, till next time.. sambung cite lagi. ni kene pergi bersiap. i got an appointment tonite.. with my 2 dear friends.. they all ajak lepak kat The Curve.. lalalala.. :P

Monday, November 05, 2007

back on my feet again..

Tiba2 hari ni terngiang2 lagu Michael Bolton ni. Hm, lama tak dengar lagu ni. Bila dengar dan menghayati betul2, perghhh.. Tersentuh hati gwe. Isi kandungan dan mesejnya jelas dan mampu memberi kita motivasi untuk teruskan usaha kita untuk menjadi lebih gembira, kuat dan tabah.

Saya tujukan khas untuk mereka2 yg pernah jatuh, yang pernah terluka/kecewa atau yang sedang berjuang dalam mengharungi ujian hidup.. ayuh! Sama2 kita berusaha untuk bangkit semula dan tunjukkan pada semua bahawa kita sebenarnya masih mampu bertahan dan meneruskan perjuangan masing2.

It may be hard, it might take time, it won't be long till the one sweet day comes. When we'll back on our feet, again.. :)

Gonna break these chains around me
Gonna learn to fly again
May be hard, may be hard
But I'll do it
When Im back on my feet again

Soon these tears will all be dryin'
Soon these eyes will see the sun
Might take time, might take time
But I'll see it
When I'm back on my feet again

When I'm back on my feet again
I'll walk proud down this street again
And they'll all look at me again
And they'll see that I'm strong

Gonna hear the children laughing
Gonna hear the voices sing
Won't be long, won't be long
'Till I hear them
When I'm back on my feet again

Gonna feel the sweet light of heaven
Shining down its light on me
One sweet day, one sweet day
I will feel it
When I'm back on my feet again

And I'm not gonna crawl again
I will learn to stand tall again
No I'm not gonna fall again
Coz I'll learn to be strong

Soon these tears will all be dryin'
Soon these eyes will see the sun
Won't be long, won't be long
'Till I see it
When I'm back on my feet again..

[taken from "Back on My Feet Again" by Michael Bolton]

Thursday, November 01, 2007

hari ni kann..

Tiba2 dapat emel daripada training center (tpt di mana saya dan beberapa rakan sepejabat menjalani latihan teknikal MS di Boulevard, MidValley), menyenaraikan sesi-sesi peperiksaan teknikal yang bakal diambil. Overall, kene amik 7 paper. Dah amik 2. So, tinggal lagi 5. Bulan ni saja ada 3 paper kene amik selang seminggu. Bulan December lak ade lagi 2 paper. Sbb kami 'dipaksa' mengambil exams ni sebelum akhir tahun ni. Kalau lulus exam ni, kitorang akan dapat title MCSE. So, nak tak nak kena la sit jugak utk exam ni, eventho scope kerja seharian saya sendiri takde la nak involve sangat dlm bidang ni.

(Info : MCSE = Microsoft Certified Systems Engineer, focuses on designing and implementing the infrastructure for business solutions based on the Microsoft Windows 2000/2003 platform and Windows Server System, rather than application development).

Secara jujurnya, saya rasa saya bukan calon yang sesuai untuk diberi certification ini. Saya lebih sesuai kalau saya enroll dalam certification berkaitan pembangunan aplikasi atau pengkalan data seperti MCSD atau Oracle certifications . Mula-mula tu agak 'keberatan' tapi bila memikirkan tentang usaha menimba seberapa byk ilmu, so saya menggagahkan diri dan menimba ilmu2 baru sebanyak mungkin. Alhamdulillah, company nak beri training 'free' kat kita, so apa salahnya kalau kita terima. Kita cuba sebaik mungkin untuk contribute kan (even sebenarnya takde la nak outstanding mana pun. kita ibarat 'budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..' hehe).

Entah la ye, kekadang, dalam zaman sekarang ni, orang yang layak diberi pengiktirafan dipandang enteng. Orang yang tidak layak pulak kekadang kita tgk saja je menarik perhatian untuk diberi 'penghargaan' atau 'penghormatan' padahal dirinya tidaklah sehebat mana pun. Melalui pemerhatian saya yang masih lagi 'mentah' ni, fenomena ini banyak berlaku di kalangan kita. Saya sendiri merasakan saya tidak layak untuk diberi certification tu, sbb saya masih baru dan banyak lagi perkara dlm bidang tu yang saya tidak explore lagi. Kaedahnya : attend classes/lectures, buat sikit lab exercises, amik exam on paper. Score, terus dapat cert. *Hafal theory, baca review questions, jawab soalan exam, score, certified.

*apply to those who is 'exam-oriented', like me.. huhuh.. sedih tak..?

Apa yang saya risaukan ialah, kalaulah saya 'berjaya' mendapat certification tu, bila time orang tanya, kene pulak something yang saya tak dapat nak jawab, walhal saya sudah certified?? Orang mula query "ape la yg you belajar selama ni? company anta gi training mahal2, professional certification training lak tu, you lulus exam dier n then bila orang tanya you bole ternganga jek?".. haru tak... saya tak mahu jadi begitu. Sebab tu, saya rasa itu satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul bila dah diberi pengiktirafan dan penghormatan. Orang akan pandang tinggi pada kita, people are looking up to us, perhaps in hoping for us to guide, or to help in giving valuable information they need. Apa ada pada nama kalau situasi atau keadaan sebenar tidaklah sehebat mana, seperti yang diwar-warkan tentang namanya. Sebab tu, amatlah penting bila kita dah diberi kepercayaan atau tanggungjawab, kenalah laksanakan sebaik2nya.

My point is, apa gunanya ada professional certification berkajang2, cert2 tu pulak dibingkaikan dan digantung di dinding, orang tengok n ckp "wahh.. terernye you. mcm2 cert you ade nie, tabik spring laa..", kalau tidak betul2 menghayati dan mengaplikasikan apa yang dipelajari. Saya sendiri mengaku, mungkin saya adalah di antara yang seperti itu. Well, ada jugak yang saya aplikasikan tapi bukan sepenuhnya. Kenapa jadi begini eh? Adakah sebab tak minat? Atau sikap 'degil & bebal' yang tak mahu / sukar menerima benda2 baru? Tapi kan, itu bukan alasan.

Dlm hal2 menimba ilmu ni, kita harus lapangkan dada, bukakan hati n minda seluas-luasnya untuk menerima benda2 baru. Di samping itu, (ingatan kepada diri sendiri terutamanya) kita cuba berusaha sedaya upaya untuk menguasai ilmu yang diperolehi dan menggunakannya sebaik mungkin, insyaAllah. Saya juga menganggap ini sebagai satu motivasi untuk saya mengukuhkan kemahiran yang sedia ada. InsyaAllah. Berusahalah!

Antara erti kata yang lain, kalau cakap kenalah serupa bikin.. kalau rasa diri tu pipit jgnlah eksyen nak jadi enggang. kalau nak ukur baju biarlah ukur kat badan sendiri. kalau dah certified tu buatlah cara orang yang ade certification. apa ada pada nama..? err, relevan ke quote2 nie..?? macam lari dari tajuk je nie.. hihi ;)

**Ish, next week ada exam. Tak abih study lagi ni!! Hwaaaaa.... ganbatte~!!

Wednesday, October 31, 2007

renungan terakhir

Sebelumnya kau pergi
Renungilah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi

Anggaplah pertemuan ini mungkin yang terakhir
Dan tak usah kita kesali atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan telah kupertaruhkan
Namun tiada bermakna
Hanya banyak mengguris rasa

Oleh itu maafkan ku kiranya mengganggu
Ketenangan dalam hidupmu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan, inikah dugaan untukku
Hujungnya tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri

Kau yang pernah ku rindu, mudahnya berlalu
Mengapa begitu, berubah laku

Aku menerima salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impianku kan berlalu, denganmu

Kusangka berpanjangan panas hingga ke petang
Tiba mendung menjelma tak seperti yang kuharapkan

Kini mengertilah aku, tak perlu menunggu
Biarkanlah
Kau dan caramu, ku dengan cara hidupku..

['Renungan Terakhir' by Nora]

kau bagaikan pelangi..

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinaran yang menerangi
Kegelapanku

Ku percaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan menggunung
Bersamanya

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya
Namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua..

[taken from 'Pelangi Petang' by Allayarham Sudirman]

Tuesday, October 30, 2007

hm..

ade la, beberapa minggu lepas (bila dah balik KL setelah 10 hari bercuti di kampung halaman), tiba-tiba je tergerak hati nak belek2 section Classified dlm paper The Star. Bahagian 'Apartment For Sale'. Cheh.. ade hati nak beli apartment. Baru sekarang nak beli lak tuh. Kalau member2 lain yg seangkatan yg start keje sekali (kira2 4 tahun lepas) dah selamat ade kereta, ade rumah n macam2 lagi aset yang lain. Kita skang baru terhegeh2 nak cari aset sendiri.

My first asset was.. a National washing machine berharga RM600, beli kat Jusco Midvalley. Haha. Ingat lagi, masa tu baru 6 bulan keje. Lepas confirm designation pakat ngan kawan2 seorganisasi utk tinggal serumah bersama2. Menyewa la ramai2, 6 orang serumah. Budak2 lain, ingat mula2 sekali nak beli tilam, peti ais, TV, DVD player etc. Bila turn saya lak, perkara pertama dalam kepala ialah : nak beli washing machine!

Bukan ape, sejak mula kerja ni, masa di rumah sgt2 terhad. Especially untuk buat house chores. Berbanding masa kat kolej dulu. Bukan sepanjang hari sampai ke malam stay dlm kelas, atau mentelaah di library. Kita ada masa yang banyak diluar kelas dan kita boleh susunatur pergerakan dan aktiviti kita selain study. So, ada masa kita stay kat umah dah buat kerja2 rumah, salah satu yang sangat penting ialah membasuh baju. Masa student dulu boleh la nak basuh baju pakai tangan je. Tak kejar masa, tenaga pun byk tersimpan lagi kan. So, it was not a big deal masa zaman belajar.

Skang, kita dah kerja. 9-to-5 lak tu (most of the time la). Ade tu, kekadang terpaksa stay back sampai 8-9 malam. Balik umah, tak larat nak buat ape2, bersihkan diri n terus tidur. Selalunya, kalau kitar hidup seorang eksekutif atau pekerja pejabat, mmg begitu (kalau masih single and (un)available..). Tak cite lagi kalau dah ade teman sosial atau ape2 lagi kan. Ada je aktiviti riadah yg nak kene join. Jadi, kita ambil peluang dan menggunakan teknologi/kemudahan yang ada ni (esp. duit yang diperoleh sendiri & peralatan canggih zaman sekarang) dgn sebaik n sebijak mungkin. Tak salah kann..

As in kita semakin dewasa n matang (hopefully, and still ongoing process), mula membina kerjaya, 'empayar' sendiri, lebih banyak challenge dan pengalaman yang kita timba. Mencari aset juga satu keperluan dan pengalaman yang harus kita lalui. Contohnya, macam beli washing machine tadi la. Then beralih kepada yang lebih besar spt kereta, rumah etc. Dan daripada situ kita belajar cara nak urus kewangan sendiri, membuat pilihan terbaik dan sebagainya. Tak terhad pada nak beli aset aje, apply kat semua aspek dlm hidup kita.

Sepanjang kita lalui pengalaman2 ni, sedar tak sedar, sebenarnya, kita rasa, begitu cepat masa berlalu. Rasa2nya kan, baru je kita 1st time jejak kaki ke sekolah tadika, then 1st time we had a crush kat teman sekolah menengah, then kita menerima segulung ijazah. Tup tup je, skang kita dah nak beli rumah dgn hasil titik peluh sendiri. I mean, imagine la. Betapa cepatnya masa berlalu. Dan kita sendiri evolve sikit demi sedikit fizikal, emosi, minda, rohani. Daripada pengalaman yang dilalui ni lah menjadikan kita matang dan lebih kuat n bersedia menghadapi hari2 seterusnya. Lagipun, bila umur kita makin banyak, jangka hayat kita semakin pendek. Dan mmgla, ini baru hanya seciput ilmu dan pengalaman, terdapat yang lagi Maha Luas dan Lagi Maha Kaya. We will never stop learning, until the day we die.

Dan diharapkan, janganlah kita asyik2 fikir nak survive atas dunia je macam kita takkan mati sampai bila2. Kita juga perlu mengumpul bekalan masing-masing untuk menghadapi alam baru yang bakal kita tempuhi bila2 masa. Kita takkan tahu bila, tapi akan terjadi bila dah sampai masanya. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati-Nya. Wallahualam..

Wednesday, October 24, 2007

are we, aren't we?

mungkin ada yang berkata, i am still in denial. but i guess, i am not. i am not in denial anymore. sbb saya dah mula boleh terima kenyataan. kalau takleh terima pun, still, terpaksa terima juga. that's life. tapi yang pasti, dlm hati saya skang, terdapat satu perasaan yang tidak pernah berubah walau apa yang terjadi sekalipun.. jika mencintai atau menyayangi, tidak semestinya mesti memiliki. yang saya ada hanyalah doa dan ingatan yg tulus agar dia bahagia, semoga cukup baginya untuk mengetahui bahawa saya benar2 mencintainya..

"..If I should stay
I would only be in your way
So I'll go, but I know
I'll think of you every step of the way

And I will always love you
You, my darling you

Bittersweet memories
That is all I'm taking with me
So, goodbye. Please, don't cry
We both know I'm not what you need

And I will always love you

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of
And I wish to you joy and happiness
But above all this, I wish you love

And I will always love you

You, darling, I love you
I'll always love you.."

Tuesday, October 16, 2007

what now?

hm, let me see. there're some series of events been occured for the last few weeks :-
1) set bila nak amik exam MCSE - settled
2) baca review exam paper - ongoing
3) balik kampung menyambut raya - ongoing
4) someone dah mengaku kesalahannya - settled - *finally... fuhh. tapi still ade urusan yg pending. insyaAllah, to be discussed soon.

so, what now? what am i going to do next?

ok, that significant someone tu dah mengaku kesalahan dia, setelah agak lama bermain tarik tali. biasalah, datang merayu n meminta simpati agar diterima semula bla bla blaa. tapi entah la ye, adakah dia benar2 ikhlas atau sekadar lakonan? expectation saya betul, dia akan terus-terusan bertanya kepada saya apa yang membuatkan saya membuat keputusan untuk melepaskan dia. dan terus-terusan berkata yang dia 'mahukan saya' dan 'tidak sanggup kehilangan saya' kinda stuff. mmg, actually itu yang saya harapkan daripada dia, tapi dalam masa yang sama saya geram dgn tindakannya itu. kenapa baru sekarang datang merayu, kenapa lepas saya berbuat keputusan untuk membawa haluan saya sendiri baru dia nakkan saya balik kepadanya? sedangkan dia tahu apa yg dia telah lakukan, sehinggakan saya terpaksa melepaskannya.

baiklah, saya mengaku, saya masih marah, saya masih kecewa dgn perlakuannya yang terdahulu. rasa mcm dah taknak ade apa2 kena-mengena lagi dengannya. biarlah dia pergi dari hidup saya selamanya. tapi, at the same time, i still love him. so much. rasa cam nak je dia datang pada saya dan meneruskan rancangan kami utk hidup bersama. tapi, saya tak boleh menerimanya lagi. he has gone too far, far beyond the line.

akhirnya, saya berbuat keputusan untuk confront dengannya sekali lagi, bertanya padanya adakah dia faham atas faktor apa yang membuatkan saya melepaskannya. nampak gayanya dia kurang faham, atau dia buat2 tak paham. dia masih lagi mahu 'mencuba' tapi tak pasti adakah dia benar2 serius atau sekadar bermain2 shj. last2, saya bertegas dan akhirnya dia mengaku kesalahannya. hm, means selama ni dia hanya bermain2 kata la ya? dia ingat saya masih diri saya yang terdahulu yang mudah cair dan percaya pada kata2 manisnya?? not anymore.. he is so wrong. he's so screwed up, big time!!

dia banyak kali memohon maaf daripada saya (well, at least ade gak perkara logik yg berlaku di sini..). saya ni jenis yang tidak suka menyimpan dendam dan tidak suka membenci orang atau berbuat musuh. benar, mengikut pendapat ramai itu mmglah satu sikap yang sepatutnya, tapi adakah itu juga boleh dianggap sebagai satu kelemahan? ye la, sebab kalau kita mudah memaafkan orang yang berbuat salah pada kita, orang senang mengambil kesempatan atas kita. entahlah. tapi akhirnya saya maafkannya juga tapi saya takkan melupakan apa yang telah dilakukannya. adakah sikap 'forgive but not forget' juga dianggap sebagai sesuatu yang lemah? it seems like, they just get away too easy because we have forgiven them. either we still can't forget what he has done or not, it is not his problem. so how can we make them feel 'punished' for the rest of their lives? the things they done was like 'fatal error' or 'system crashed' or a deadend. cannot be fixed and unacceptable.

Rasulullah SAW mengajar kita supaya memaafkan orang yang berbuat salah kepada kita. Ya, itu mmg pasti. tapi pada saya, saya tidak akan melupakan apa yang telah dilakukan kepada saya. saya sudah maafkannya dan saya mahu meneruskan kehidupan saya tanpanya. saya berasa sedih dan kecewa tapi saya masih tidak faham mengapa dia tergamak mengkhianati saya, padahal dia mengaku yang saya tidak berbuat apa2 salah kepadanya.

Walauapapun, jauh di sudut hati saya, saya rela melepaskannya kerana itulah salah satu tanda saya menyayanginya, mencintainya. kerana saya tidak mahu dia terus-terusan hidup dalam kepuraan, dalam pembohongan. saya tidak mahu dia terusan berbohong kepada saya. saya mahu dia menjadi seorang yang baik, yang menepati janjinya. walaupun saya yang kecewa, tapi sekurang-kurangnya saya telah melepaskannya dan memberinya peluang untuk menjadi seorang yang lebih baik. dan begitu juga dengan saya, saya berpeluang untuk meneruskan kehidupan saya dengan lebih tenang dan membuka peluang untuk perkara2 yang baru dan yang menarik untuk muncul dlm hidup saya. dengan pengalaman ini saya lebih dapat mengenali dan menghargai diri sendiri. saya dapat mengenalpasti kelemahan dan kesalahan saya selama ni dan berusaha untuk memperbaiki yang tidak baik.

saya mengakui, jauh di sudut hatinya, dia seorang yang baik sebenarnya. cuma cara beliau mengendalikan sesuatu tu, kekadang tak kena pada tempat dan masanya. biasalah, kita semua manusia. tidak dapat lari dari berbuat kesilapan. so, why not kita just maafkan kesalahan orang yang telah mengaku kesalahannya dan berdoalah agar dia berubah menjadi lebih baik. saya tahu, dia juga mungkin tidak mahu perkara2 sebegitu berlaku.

i hope things will get better as i am now opening to all opportunities, to the good ones la.. :)

Thursday, October 04, 2007

It's time..

Sepanjang beberapa entry lepas, saya asyik memasukkan bait-bait lirik sahaja, well ya la, untuk menggambarkan apa yang saya rasa pada ketika itu. Kebanyakannya menjurus kepada perasaan-perasaan seperti kecewa, sedih, depresi dan sebagainya. Memang benar, saya sangat kecewa ketika itu.

Walaubagaimanapun, selepas satu tempoh waktu, Alhamdulillah, saya merasakan bahawa semua elemen-elemen negatif tu akan berlalu bersama masa. Benarlah kata orang, segala yang pahit dan menyakitkan akan hilang dan berlalu thru time. Yang penting, pada saat dan ketika ini kita perlu kuatkan semangat dan lebih mengutamakan diri sendiri dahulu. Sayangilah diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain dan menghargai orang yang berhak dihargai dan yang menghargai kita. Dengan ini, hati kita akan lebih gembira lantas kita berupaya menggembirakan orang sekeliling kita. Saya selalu mengingatkan diri sendiri agar sentiasa menanamkan sikap sabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan terbuka. Saya tidak mahu lagi mengenang yang tak seronok, saya hanya pegang kepada yang elok-elok sahaja. Semua itu asam garam kehidupan.


Saya juga sentiasa beringat bahawa ada orang lain yang lebih menderita dan kecewa daripada saya. Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya melebihi keupayaan dan kesanggupan hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik segala yang telah berlaku, walaupun kita tidak menginginkannya berlaku. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. Itulah pegangan yang pasti.

Kini saya telah bersedia memulakan lembaran baru dalam kehidupan saya. Ambil yang jernih, buang yang keruh dan jadikan sebagai pengajaran. Semoga akan lebih gembira dan lebih tenang & tabah menghadapi hari-hari yang bakal mendatang, Insya Allah.. :)

Monday, October 01, 2007

Too little too late..

Come with me, stay the night
You say the words but boy it don't feel right
What do you expect me to say
(You know it's just too little too late)

You take my hand, and you say you've changed
But boy you know your beggin', don't fool me
Because to you it's just a game

So let me on down
Cause time has made me strong
I'm starting to move on
I'm gonna say this now
Your chance has come and gone

And you know
It's just too little too late

A little too wrong
And I can't wait
Boy you know all the right things to say
(You know it's just too little too late)

You say you dream of my face
But you don't like me
You just like the chase
To be real, it doesn't matter anyway

I was young and in love
I gave you everything but it wasn't enough
And now you wanna communicate
Go find someone else

In letting you go, I'm loving myself
You gotta problem
But don't come askin me for help

Cause ya know
It's just too little too late

A little too wrong
And I can't wait
Boy you know all the right things to say

You say you dream of my face
But you don't like me
You just like the chase
To be real, it doesn't matter anyway

I can love with all of my heart
I know I have so much to give

With a player like you, I don't have a prayer
That's the way to live..


[taken from the song 'Too Little Too Late' from Jojo]